(Oleh Norutul Ilham)
KUCHING 7 Jan: Blog Suara Pakatan Rakyat langsung tiada kaitan dengan parti Pakatan Rakyat, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Demikian ulasan beliau ekoran laporan blog itu yang memperlekeh kematian pahlawan negara, Datuk Kanang Langkau.
“Sengaja dibuat oleh Umno BN untuk timbulkan isu dan memburuk-burukkan Pakatan. Blog rekaan itu untuk mereka ambil kesempatan ke atas kami.
“Ini  adalah penipuan, blog itu tiada kaitan dengan kami. Blog yang dicipta  menggunakan nama Pakatan terlalu banyak. Umum sudah mengetahuinya,”  jelas Anwar pada sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.Hadir sama, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin.
Kelmarin, blog itu melaporkan pengebumian kematian Kanang hanya  membazirkan wang negara dan menyifatkan beliau bukan hero sebenar  sedangkan individu sebenar yang sepatutnya digelar pahlawan adalah Anwar  Ibrahim.
Menurut laporan itu lagi, penulis turut mempertikaikan kos  pengebumian pahlawan itu yang membazirkan wang rakyat tanpa mengambil  kira pengorbanannya terhadap negara.
Menyifatkan perkara itu sebagai picisan, Anwar percaya kaedah itu  tidak berkesan kerana rakyat boleh membezakan butiran laporan blog  rekaan Umno.
“Ini bukan isu. Ada juga blog yang menggunakan nama saya sendiri  ‘Anwarribbrahim’. Berpuluh kali dia kononnya buat kenyataan begitu  begini dengan maksud untuk timbulkan masalah kepada Pakatan. Sebab itu  pimpinan kita tidak bagi respon kepada isu yang dimainkan.
“Media arus perdana juga mainkan isu ini walaupun mereka tahu itu  bukan Pakatan. Ini hanya mainan politik, picisan. Ente (BN) serang  kita,” kata Anwar.
          Short URL: http://www.keadilandaily.com/


0 komentar:
Posting Komentar