Polis larang berarak dalam demo antipenyenaraian Felda

Senin, 23 Desember 2013 0 komentar


  • Abdul Rahim Sabri
  •  malaysiakini Jul 11 2012
 
Polis tidak membenarkan kumpulan antipenyenaraian Felda daripada berarak ke Istana Negara dalam perhimpunan besar mereka ibu negara pada Sabtu ini, kata Gerakan Selamat Felda (GSF), penganjur acara itu.

Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata, perkara itu dimaklumkan kepada mereka dalam rundingan dengan polis semalam.

Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu belum dimuktamadkan kerana tidak mendapat persetujuan penganjur, dan perbincangan masih diteruskan.

Menurutnya lagi, keputusan sama ada ada perarakan bermula dari dataran di luar kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuju ke Istana diteruskan akan diketahui sehari sebelum perhimpunan.

"Polis tak bagi berarak kerana merbahaya kepada pengguna jalan raya. Ini kerana, kalau berarak, cuma jalan itu sahaja yang ada.

"Jadi akan berlaku kesesakan dan menghalang lalu lintas. Kita sedang menelitinya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Himpunan Oren diadakan untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia.

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 trilogi topik