Facebook Dr Mahathir.Artikel  yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digugurkan  daripada laman sosial Facebook atas dakwaan menyalahi standard komuniti. Artikel bertajuk "The Chinese Dilemma" itu digugurkan selepas pentadbir  laman Facebook Dr Mahathir memuat naik artikel berkenaan yang juga  boleh didapati dalam akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times (NST).
 "Kelmarin pentadbir (admin) meletakkan satu rencana yang ditulis oleh  mantan Perdana Menteri kita ini bertajuk The Chinese Dillema.  Artikel  itu dibuang kerana melanggar community standard, kononnya. Ini bermakna  ramai tersentuh dan menentang serta komplen apa yang ditulis oleh YAB  Tun kepada Facebook," kata admin Facebook milik Dr Mahathir yang hanya  dikenali sebagai "KN".
 KN juga turut menyeru orang ramai membaca artikel berkenaan yang boleh  didapati di laman web NST dan menilai sama ada artikel berkenaan  benar-benar menyentuh standard komuniti atau sebaliknya.
 "Anda baca sendiri di New Straits Times web edition dan tentukan  sendiri sama ada ia melanggar community standard Facebook atau lebih  menyerlah apa yang dipanggil "unpleasant truth," kata admin Facebook  berkenaan.
 Dipercayai artikel Dr Mahathir itu digugurkan setelah menerima banyak aduan menyalahi standard komuniti.
 Malah, ia berkemungkinan dipercayai menimbulkan ucapan berunsur  kebencian, yang mana menurut laman sosial berkenaan "menyerang individu  berdasarkan kaum, etnik, asal usul, agama, seks, jantina, orientasi  seksual, kurang upaya, atau penyakit."
 Dr Mahathir dalam ruangan artikel beliau itu menulis komuniti China  memperolehi tinjauannya melalui perkongsian kuasa dalam kerajaan Barisan  Nasional (BN).
 Beliau berkata, taraf kehidupan mereka juga lebih baik berbanding zaman  sebelum Kemerdekaan yang ketika itu Malaysia ditadbir oleh British.
 Masyarakat Cina membentuk 30 peratus daripada 28 juta populasi di negara ini.
 Serangan dan kritikan terhadap sesetengah bangsa mula terbit apabila  keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan BN kehilangan sokongan pengundi  Cina.
 Akhbar Umno, Utusan Malaysia kemudiannya memaparkan tajuk muka hadapan  "Apa Lagi Cina Mahu" yang mencetuskan kontroversi dan kritikan banyak  pihak. - 1 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider


0 komentar:
Posting Komentar