Hasil Siasatan Nahas Pesawat Akan Didedahkan

Sabtu, 01 Februari 2014 0 komentar


KUALA LUMPUR – Hasil siasatan kes nahas pesawat Twin Otter MASWings yang terhempas di Kudat, Sabah hari ini akan didedahkan sepenuhnya kepada umum.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau sedang menunggu laporan terperinci mengenai kejadian itu daripada Jabatan
Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines (MAS).

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

“Saya memberi jaminan kepada keluarga mangsa bahawa saya akan pastikan tinjauan siasatan ini akan didedahkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut mendoakan kesemua mereka yang cedera pulih secepat mungkin.

Dalam kejadian pukul 2.50 petang, sebuah pesawat MASwing membawa 16 penumpang terhempas di Lapangan Terbang Kudat, Sabah menyebabkan pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96 maut, dan beberapa yang lain cedera.

Pesawat MH3002 itu dari Kota Kinabalu ke Kudat.

Keluarga penumpang pesawat itu diminta menghubungi 03-78841234 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut. – BERNAMA

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 trilogi topik