
Di kala kebanyakan kumpulan nasyid  seangkatan dengannya kian menyepi, namun Hijjaz masih meneruskan  kesinambungannya dalam industri nasyid tempatan. Setelah hampir tiga  tidak tahun tidak mengtinjauankan album penuh, Hijjaz tampil dengan album  yang berjudul, JANJI pada 9 Julai lalu.
Memuatkan sembilan buah lagu dalam album  JANJI, Hijjaz tampil dengan nafas baru khas dengan kelahiran album  tersebut. Hijjaz mengambil langkah berani untuk keluar dari kepompong  selamat mereka dengan menyuntik elemen rock dalam beberapa buah lagu  untuk album terbaru mereka.
“Pada 1 Ramadan ini genap perjuangan  Hijjaz selama 17 tahun sebagai kumpulan nasyid. Kami tampil dengan album  terbaru ini untuk merancakkan industri nasyid yang kian suram. Rentak  yang sedikit berbeza ini sesuai dengan jiwa orang muda,” kata Isman  Nadim selaku ahli kumpulan Hijjaz, ketika ditemui di majlis pelancaran  album mereka baru-baru ini.
Idea tercetus untuk mengtinjauankan album  yang sedikit berbeza ketika mereka menyumbangkan suara untuk runut bunyi  rancangan Saladin. Dua buah lagu yang dimuatkan dalam album JANJI yang  berjudul Janji Khalifah dan Harapan Ummah merupakan lagu-lagu yang  mendapat sentuhan pop rock tinjauan gubahan pemuzik tempatan.
Antara lagu lain yang dimuatkan dalam  album ini adalah seperti Kau Pemilik Cinta, Laukana Bainana, Hanyalah  Iman, Pemimpin 3 Darjat, Penghulu Syurga, Akulah Pencinta dan Pemula  Langkah.
Album ini juga menampilkan kelainan  kerana memberi peluang kepada ahli kumpulan yang lain untuk turut  menyumbangkan suara selain daripada vokalis mereka, Munif Ahmad.  Walaupun kelantangan vokal Munif tidak dapat dinafikan lagi, namun  peluang ini mampu menyerlahkan kekuatan vokal masing-masing.
JANJI yang merupakan edaran RUSA  Marketing Sdn Bhd sudah menemui para peminat di Lahad Datu, Tawau dan  mendapat reaksi positif mengenai sentuhan baru Hijjaz ini. Malah album  ini juga bakal menembusi pasaran Indonesia dalam tempoh masa enam bulan  akan datang. – Gua


0 komentar:
Posting Komentar