KAJANG: Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di bandar ini bertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan pelacur yang mereka dakwa masih dara.
Dengan caj dikenakan RM5,000, pelanggan yang melanggan ‘pelacur dara’ itu turut diberi kebebasan membawanya ke mana saja selama tiga hari.
Sindiket itu yang beroperasi di tingkat satu sebuah hotel di sini menawarkan pelacur dari Vietnam yang berusia 17 sehingga 21 tahun.
Aktiviti tidak bermoral sindiket itu terbongkar tinjauan penyamaran wartawan Harian Metro selepas mendapat maklumat orang awam.
Seperti biasa, sindiket itu berselindung di sebalik perniagaan spa dan refleksologi, namun ada ruangan berasingan disediakan untuk kegiatan pelacuran.
Seorang bapa ayam yang dikenali sebagai Wong berkata, ‘pakej pecah dara’ itu ditawarkan pihaknya selepas kebanyakan pelanggan menyatakan bosan melanggan pelacur sama dan mahukan teman tidur di kalangan wanita muda.
Menurutnya, selepas melunaskan bayaran RM5,000 pelanggan perlu menunggu tiga hari kerana pihaknya perlu berurusan dengan ejen bagi mendapatkan gadis terbabit selain menguruskan urusan perjalanan.
“Tiga hari tak lama. Awak tunggu saja dan mesti puas hati kerana kami akan bagi perempuan yang dijamin cantik dan masih dara,” katanya.
Wong berkata, sebelum tempahan dibuat, ejennya di Vietnam akan mengirimkan gambar pelacur menerusi e-mel untuk ditunjukkan kepada pelanggan bagi membuat pilihan.
“Ini lain daripada yang lain. Kalau awak mahu, cepat-cepat beritahu saya,” katanya.
Menurutnya, selain pakej itu, pelbagai pakej lain turut ditawarkan antaranya menyediakan khidmat seks termasuk urutan dengan caj RM238 membabitkan dua pelanggan berasingan.
Katanya, selain pakej pecah dara pihaknya turut mnyediakan pelacur biasa daripada Vietnam, khidmat urut wanita tempatan, termasuk perkhidmatan mandi air panas dan hidangan makanan percuma.
“Kami juga ada perempuan Russia yang boleh cakap Bahasa Melayu dan bayarannya juga tidak mahal, cuma RM250,” katanya.
Mengulas kegiatan sindiket pelacuran berkenaan, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya sudah menyerbu premis terbabit beberapa kali sejak tahun lalu.
“Ternyata mereka masih degil dengan meneruskan operasi dan maklumat yang diberikan ini, kami (polis) akan melakukan serbuan di premis itu dalam masa terdekat.
“Ini kerana kami tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan memastikan tindakan tegas diambil ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.-HARIAN METRO
0 komentar:
Posting Komentar