PENERBIT dan pelakon Hans Isaac mengakui dia seorang yang senang beremosi sehinggakan perkara itu boleh membuatkan dia menitiskan air mata.
Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 42, berkata, keadaan itu akan berlaku terutamanya ketika dia gagal dalam melakukan sesuatu perkara atau terpaksa berdepan dengan dugaan dalam kerja mahupun berkaitan hal peribadi.
“Saya memang seorang yang sangat beremosi terutamanya dalam hal kerja kerana saya mementingkan kesempurnaan.
“Yalah, saya tak mahu melihat peminat buang duit terhadap karya saya yang tidak ditinjauankan tanpa kesungguhan. Dan apabila berlakunya dugaan, saya kecewa dan boleh menangis. Tapi tak adalah sampai merengek.
“Dalam pada itu saya juga ada masanya menangis disebabkan kegembiraan,” katanya.
Tambah Hans, gangguan emosinya itu juga membuatkan dia perlu menghilangkan tekanan dengan berjumpa teman rapat untuk meluahkan perasaan.
Sementara itu, ditanya mengenai status perhubungannya dengan Neelofa, pengarah filem Lemak Kampung Santan ini menjelaskan kedua-dua mereka berkawan rapat.
Hans bagaimanapun mengakui dia dan aktres berkenaan saling menghubungi antara satu sama lain setiap hari untuk berbual mengenai hal peribadi.
“Kami memang rapat dan setiap hari kami sering menelefon. Apa yang saya boleh katakan, biarlah kami memutuskan ke mana arah tuju hubungan ini.
“Saya mahu peminat sentiasa menyokong kerja kami,” kata Hans. – mStar
0 komentar:
Posting Komentar