Seorang peragut dibelasah teruk oleh orang awam setelah cubaanya untuk meragut seorang lelaki gagal.
Video yang dimuat naik di Youtube siang tadi memperlihatkan peragut itu berada dalam keadaan berlumuran darah.
Menerangkan kejadian yang berlaku oleh pihak yang memuat naik video berkenaan, peragut tersebut dikatakan cuba untuk meragut seorang lelaki India yang baru sahaja keluar dari sebuah bank.
Tindakannya bukan sekadar meragut, tetapi juga dia telah menetak mangsanya di bahagian muka.
Namun dia kemudiannya berjaya ditahan orang awam.
Mereka yang marah dengan perbuatannya itu bertindak membelasahnya sehingga dia pula berlumuran darah.
Kejadian dipercayai berlaku di Maybank, Seremban 2 kira-kira jam 3 petang tadi.
Melihat pada video yang dimuat naik, pihak polis telah menahan peragut tersebut dan parang yang digunakan untuk menetak mangsa juga telah dirampas.
Melihat kepada klip kejadian seperti itu, anda dinasihatkan untuk berhati-hati terutamanya ketika berada di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi seperti bank.
Oleh: HARITS ASYRAF
0 komentar:
Posting Komentar